Ikuti Kami:

Lisa BLACKPINK Tampil Anggun Bersama Anne Hathaway Di Acara Bvlgari

Lisa BLACKPINK Tampil Anggun  Bersama Anne Hathaway Di Acara Bvlgari

Baru-baru ini penyanyi hebat, Lisa BLACKPINK dilihat tampil di Pameran Barang Kemas Bvlgari High di Paris di samping pelakon lagenda Hollywood, Anne Hathaway.

Lisa telah dijemput ke Bvlgari Eden, pameran persembahan barang kemas taman “Wonders”, di mana jenama mewah itu akan mempamerkan koleksi baharu barang kemas dan jam tangan.

Lisa kelihatan memukau kerana dia dilihat tampil ke acara itu dan lebih menerujakan peminat apabila dia dilihat mesra berdampingan di sebelah pelakon Hollywood Anne Hathaway.lisaUntuk majlis pameran itu, Lisa memakai gaun memukau oleh Pinkong FW22. Dia mempamerkan susuk tubuhnya yang sempurna melalui gaun potongan persis ikan duyung yang sangat sesuai dengan lekuk tubuhnya yang halus.

Ramai peminat berkongsi pelbagai video pendek dan gambar Lisa malah turut berkongsi keterujaan mereka selepas melihat pertemuan Lisa dengan Anne Hathaway. Anne Hathaway juga dilihat memakai pakaian kuning yang sepadan dengan idola ramai itu.

Korang dah tengok ke gambar Lisa dan Anne Hathaway?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...