Ikuti Kami:

Lisa BLACKPINK Kongsi Kelemahan & Tonjol Sisi Baik Sebagai ‘Senior’

Lisa BLACKPINK Kongsi Kelemahan & Tonjol Sisi Baik Sebagai ‘Senior’

Apabila bercakap mengenai menjadi pelatih K-Pop, ia adalah satu dunia yang jauh daripada pengalaman jangkaan umum apabila melihatnya melalui dasar mata kasar. Baru-baru ini, idola pujaan ramai, Lisa BLACKPINK tampil dalam sesi temu bual bersama majalah terkenal ROLLING STONE dan berkongsi beberapa hal mengenai dirinya.

Berkongsi perihal pengalaman sewaktu menjadi ‘trainee’ adalah satu kebiasaan bagi idola untuk berterus terang kerana mereka adalah susuk tubuh yang betul-betul tahu bagaimana rasanya menjalani latihan selama bertahun-tahun.

Terbaru, BLACKPINK mencipta sejarah apabila muncul di muka hadapan majalah Rolling Stone. Sudah tentu, mereka kelihatan sempurna. Pihak penerbitan baru-baru ini menyiarkan editorial solo Lisa, dan idola itu kelihatan glamor dalam syot tersebut.

Sebelum berborak lebih panjang, Lisa ditanya mengenai satu hal yang dia tidak boleh lakukan dek kerana dia dilihat sangat berkebolehan dalam banyak perkara. Kemudian Lisa terus menjawab,

Sesi temu bual! Sangat sukar untuk mengekspresikan diri saya melalui bahasa. Walaupun dalam bahasa Thai. Contohnya, apabila saya ditanya, “Adakah anda mempunyai apa-apa untuk dikatakan kepada peminat anda?”

Dalam kepala saya, terdapat begitu banyak perkara, tetapi saya tidak tahu perkataan mana yang hendak digunakan.

lisaLisa turut menambah bahawa dia sangat yakin berada di atas pentas kerana boleh mengekspresikan dirinya melalui pergerakan badan, namun dia kurang keyakinan jika berada dalam sesi temu bual.

Dalam pada itu, Lisa turut berkongsi mengenai kepayahan​ yang dialaminya sebagai pelatih. Lisa menjelaskan bahawa semua yang mereka lakukan adalah untuk mendorong mereka debut, dan dia menambah,

Debut, debut, debut, itulah satu-satunya perkara dalam fikiran kami.

Dengan ujian bulanan, persembahan solo dan pasukan, bersama dengan pelajaran untuk meningkatkan kemahiran mereka, Lisa berkongsi pandangan jujurnya tentang pengalaman itu, terutamanya sebagai seseorang yang berada jauh dari rumah.

Bilakah ini akan berakhir? Seperti, bila? Adakah kita perlu diuji setiap bulan. Saya akan menelefon ibu saya di Thailand dan memberitahunya saya mahu berhenti, dan dia akan memberitahu saya untuk bertahan setahun lagi, tunggu sahaja.

Khususnya, ia amat sukar bagi Lisa, yang telah meninggalkan rumah dan keluarganya di Thailand, untuk mencapai impiannya. Namun, selepas debut, Lisa telah menjadi inspirasi kepada ramai idola yang bercita-cita tinggi dan menerusi temu bual itu, Lisa berkongsi bagaimana rasanya menjadi seorang ‘sunbaenim’ di YG Entertainment.

Seperti yang dijangka, BLACKPINK dilayan dengan sangat hormat oleh para pelatih tersebut, dan Lisa menambah,

Mereka tunduk, seperti, 90 darjah, “Annyeonghaseyo!” 

Namun, walaupun Lisa sangat berjaya, itu tidak bermakna dia tidak mempunyai masa untuk pelatih. Khususnya, dalam sesi temu bual, Lisa mempamerkan keperibadiannya yang sebenar apabila menjelaskan bahawa ada seorang pelatih yang agak rapat dengannya.

lisa

Walaupun kebanyakan artis senior akan memberi nasihat kepada junior mereka dan latihan tersebut, bagi Lisa, ia lebih penting daripada itu. Lisa seolah-olah menjadi figura ‘kakak’ kepada pelatih, memastikan dia menjaga mereka dari segi emosi.

Ia bukanlah hanya sekadar memberi nasihat. Kita makan sama-sama, pergi membeli-belah. Dia berumur 17 tahun dan telah berada di sini selama hampir dua tahun.

Lisa mungkin menjaga pelatih dengan makanan dan pergi membeli-belah, tetapi ini tidak bermakna idola itu tidak menjaga dari segi sokongan. Sebagai seorang yang telah melalui proses yang memenatkan, Lisa adalah orang yang sesuai untuk memberi nasihat.

Saya pernah bertanya kepadanya, “Ada apa-apa yang anda sedang lalui?”

Dan dia mula menangis. “Saya mahu menari seperti awak unnie, tetapi saya sangat teruk, dan saya sangat sedih mengenai itu.”

Saya hanya memberitahunya, “Teruskan berlatih.”

Ini bukan kali pertama Lisa menunjukkan dedikasinya untuk membantu pelatih-pelatih baru. Sewaktu dia menjadi mentor dalam “Youth With You 3”, Lisa, mempamerkan lebih daripada sekadar kemahirannya dalam menari, malah turut menunjukkan betapa baiknya dia sebagai mentor kepada pelatihnya.

Sebagai seseorang yang telah melalui proses itu, Lisa adalah orang yang sempurna untuk membimbing bakat-bakat baru K-Pop. Hakikat bahawa, walaupun kemasyhuran dan jadualnya yang padat, dia masih meluangkan masa untuk mereka yang mana menunjukkan betapa baik dan prihatinnya dia.

Baik kan Lisa ni! Memang layak jadi seorang idola.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...