Tahniah! Lagu ‘Dreamers’ Jungkook BTS Raih Lebih 32 Juta Penstriman Dalam Rekod Spotify
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Masih terngiang-ngiang ek dengan lagu “Dreamers”?
Jung-kook BTS terus berjaya mencipta satu demi satu kejayaan dengan lagu terbarunya, “Dreamers”, yang mana turut menjadi lagu pembukaan bagi FIFA WORLD CUP QATAR 2022.
Terbaru, lagu “Dreamers” itu berjaya mencatatkan rekod baru apabila meraih lebih daripada 32 juta penstriman, menurut platform muzik global, Spotify, hanya selepas seminggu lagu itu dikeluarkan.
Dalam pada itu, kejayaan ini juga telah melonjakkan lagi lagu solo Jung-kook, malah ia juga berjaya mengatasi rekod hebat yang pernah dimiliki oleh Lisa BLACKPINK menerusi lagu solonya, “LALISA”.
Wah, tahniah Jung-kook!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




