Yay! Lagu “Dreamers” akhirnya dah ada muzik video!

Terbaru, pada 22 November, semalam, FIFA melancarkan muzik video bagi lagu Jung-kook BTS, “Dreamers”, yang sebelum ini menjadi lagu pembukaan bagi FIFA WORLD CUP QATAR 2022.
Muzik video tersebut dirakamkan di Qatar dan selain turut menampilkan penyanyi Qatar, Fahad Al-Kubaisi.
Sejak lagu itu dimuat naik, “Dreamers” berjaya meraih kedudukan dalam carta iTunes di lebih 100 negara di seluruh dunia, termasuk lapan pasaran muzik terbesar di dunia, antaranya, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Perancis, Kanada, Australia, Jerman dan Itali.
Korang dah tengok ke muzik video “Dreamers”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.