Hebat! Persembahan Pembukaan Jungkook BTS Di FIFA WORLD CUP QATAR 2022 Raih Pujian Global
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Siapa yang tengok persembahan pembukaan FIFA WORLD CUP QATAR semalam?
Kalau ada yang mengikuti perkembangan FIFA WORLD CUP IN QATAR 2022, mesti korang sempat tengok persembahan pembukaan oleh penyanyi Jung-kook BTS.
Bertempat di Stadium Albaite di Alcor, Qatar, Jung-kook menyanyikan lagu “Dreamers” yang merupakan sountrack rasmi bagi kejohanan tersebut. Dia turut membuat persembahan di samping, penyanyi Qatar dan juga duta bagi FIFA WORLD CUP QATAR, iaitu Fahad Al-Qubaish.
I can’t express my gratitude and happiness for my participation in the biggest event of all times the World Cup in my country #Qatar with the talented Jung kook , thank you for everything#WorldCup #WorldCup2022 #JUNGKOOKxFIFA #JungkookAtFIFAWorldCup @BTS_twt @bts_bighit pic.twitter.com/PebpCj9uN2
— فهد الكبيسي (@FahadAlkubaisi) November 20, 2022
Ini merupakan kali pertama di mana seorang penyanyi K-Pop terlibat secara langsung dan membuat persembahan di acara pembukaan kejohanan tersebut.
Bukan itu sahaja, penglibatan Jung-kook kali ini semestinya meraih perhatian dan pujian daripada peminat dari serata dunia. Rata-rata dalam kalangan mereka memuji usaha dan kejayaan yang dikecapinya sehingga membolehkan dia untuk mengadakan persembahan di kejohanan dunia.
Tahniah Jung-kook BTS!
Korang dah dengar ke lagu “Dreamers”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




