Selepas Ji-min dan Suga, kini J-Hope adalah ahli BTS yang seterusnya dipilih sebagai duta buat jenama mewah.
Terbaru, jenama mewah Perancis Louis Vuitton telah mengumumkan J-Hope sebagai duta baru buat jenama tersebut.
Tulis mereka di media sosial rasmi,
#jhope untuk #LouisVuitton. The Maison dengan sukacitanya mengumumkan bahawa penyanyi rap-penyanyi-penulis lagu dan penerbit muzik yang terkenal di dunia akan menyertai sebagai Duta Rumah baru.
#jhope for #LouisVuitton. The Maison is pleased to announce that the world-renowned rapper-singer-songwriter, and music producer will be joining as new House Ambassador. #BTS pic.twitter.com/5UpIRLJeHz
— Louis Vuitton (@LouisVuitton) February 24, 2023
Untuk pengetahuan, kesemua ahli BTS pernah menjadi duta buat jenama yang sama pada 2021 yang lalu, sebelum menamatkan kontrak mereka baru-baru ini.
Kini, J-Hope adalah satu-satunya ahli yang terus memegang jawatan sama buat Louis Vuitton.
Tahniah!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉