Tahniah! IU Dipilih Sebagai Duta Global Jenama Mewah ‘Gucci’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
IU telah membuktikan pengaruh hebatnya setelah diumumkan sebagai duta global kepada jenama mewah.
Pada 30 Mei, jenama fesyen mewah Itali iaitu ‘Gucci’ telah mengumumkan penyanyi dan pelakon popular IU sebagai duta global, bersama dengan gambar IU yang menggayakan gaun jenama tersebut, ketika dia menghadiri acara Festival Filem Cannes yang diadakan di Perancis.
Global Brand Ambassador #IU was captured at the 75th Annual Cannes Film Festival wearing a #Gucci gown
with lace rebrodé petal details on the cuffs, as well as sequin flowers and crystal embellishments on the
skirt. #AlessandroMichele @Festival_Cannes #Cannes2022 pic.twitter.com/MV7njWBz4v— gucci (@gucci) May 29, 2022
Untuk pengetahuan, IU sebelum ini merupakan duta jenama kepada ‘Gucci’ namun kini, telah menerima kenaikan pangkat sebagai duta global.
Selain itu, IU juga pernah berkolaborasi bersama ‘Gucci’ sebelum ini iaitu lawatan berpandu maya yang dilakukannya bersama dengan Kai EXO untuk pameran seni ‘No Space, Just A Place. Eterotopia’ dan juga kempennya GUCCI ‘BELOVED’.
Tahniah buat IU!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




