Ikuti Kami:

‘Broker’ Terima Tepukan Gemuruh Di Festival Filem Cannes, Lakonan IU Dipuji Media Luar Negara

‘Broker’ Terima Tepukan Gemuruh Di Festival Filem Cannes, Lakonan IU Dipuji Media Luar Negara

Nampaknya filem “Broker” mendapat perhatian ramai sejak ianya dipromosikan. Malah naskhah itu dijemput untuk ditayangkan di Filem Festival Cannes ke-75.

Untuk pengetahuan, “Broker” membawa kisah perjalanan istimewa yang tidak dijangka mengenai kotak bayi di mana ia diarahkan oleh pengarah komersial, Hirokazu Koreeda. Bukan sahaja pengarah yang hebat, ianya juga dibarisi oleh Song Kang-ho, IU, Bae Doo-na, Kang Dong-won dan Lee Joo-young.

Sebelum ianya ditayangkan, filem ini menerima perhatian daripada pembuat filem di seluruh dunia dan diberikan perhatian lebih oleh rakan media di sana. Semasa di sana, filem itu menerima tepukan gemuruh selama 12 minit lantas membuktikan ‘kehangatan’ resepsi buatnya di mata dunia.

broker cannes

Antara respon positif yang diterima,

‘Broker’ membuatkan penonton simpati dengan semua orang yang terlibat dengan pembelian dan penjualan bayi selain mengikut perjalanan kemanusiaan.

Lagi,

Walaupun ia bukan cerita yang mendalam, ia adalah sesuatu yang mengekalkan hubungan rapat dengan kelemahan manusia, daya tahan manusia dan kualiti yang luas.

filem broker

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan daripada media luar negara juga. ‘The British Guardian’ yang memberikan markah penuh buat filem Korea “Decision To Leave” hanya meletakkan 2 per 5 sahaja untuk “Broker”. Kata media ‘Telegraph’ juga,

Ini merupakan filem yang paling menghampakan antara filem yang menyertai Cannes tahun ini.

Dalam pada itu, IU yang membawa watak si ibu So-yeong telah dibanjiri pujian daripada media. Tambahan pula, ini merupakan pertama kali ‘bintang K-Pop’ Lee Ji-eun muncul di pentas Cannes.

Dia merupakan pelakon, penyanyi, penulis lagu Korea. Dia mempunyai pengikut yang ramai dengan 26 juta pengikut. Apabila berita ‘Broker’ bakal menyertai Filem Festival Cannes tersebar, Twitter menjadi kecoh.

filem broker

Kata media lain,

Dia merupakan khazanah negara di Korea.

Khabarnya, “Broker” merupakan antara calon yang disebut-sebut bakal tercalon dalam anugerah Palme d’Or.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...