Ikuti Kami:

Tahniah! Hyunbin Umum Bakal Kahwini Son Yejin

Tahniah! Hyunbin Umum Bakal Kahwini Son Yejin

Baru sahaja bersembang mengenai Son Ye-jin dan Hyunbin, nampaknya ada berita baik buat semua.

Pasangan itu mengumumkan bahawa mereka bakal berkahwin tak lama lagi. Ianya dikongsikan sendiri menerusi Instagram agensi lelaki itu sebentar tadi.

Ucap Hyunbin,

Hello ini Hyunbin.

Awak semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja kan?

Buat peminat yang sentiasa menerima saya yang banyak kekurangan dan memberikan sokongan serta kasih sayang, saya mahu memberitahu awak mengenai keputusan paling penting yang dibuat oleh saya. Oleh itu, saya menulis surat ini.

Ada kan antara awak yang bertenang? Benar, perkahwinan merupakan sesuatu keputusan yang penting dan saya sudah bersedia untuk memasuki fasa kedua kehidupan.

Saya telah berjanji dengan wanita yang sentiasa membuatkan saya tertawa. Yang kami akan sentiasa berjalan bersama pada masa hadapan.

Kami berkenalan sebagai Jeong-hyeok dan Se-ri dalam drama. Dari tapak pertama itu, kami akan bersama kini.

Sehingga kini, kami menerima kasih sayang yang menyejukkan. Kami berharap agar sokongan diberikan buat tapak pertama kami berdua.

Sehingga kita menyapa antara satu sama lain lagi, jaga kesihatan anda, dan terus berbahagia.

Mula berkenalan sebagai pasangan dalam filem dan drama, Hyunbin dan Son Ye-jin mengakui hubungan mereka pada tahun lalu.

Tahniah buat pasangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...