“Cinta Sekarang Ialah Cinta Pertama Saya” – Son Yejin Tuju Pengakuan ‘Sweet’ Buat Hyunbin?
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sejak Son Ye-jin dan Hyunbin mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta, dunia ini terasa lebih indah kan?
Artikel Berkaitan
Meskipun jarang dilihat di umum, namun rata-ratanya seronok apabila melihat mereka diusik mengenai hubungan itu.
Terbaru, Son Ye-jin dilihat muncul dalam sedutan episod akan datang untuk program “You Quiz On The Block” dan bersembang mengenai pelbagai perkara bersama hos, Yoo Jae-suk dan Lee Mal-nyeon.

Namun salah satu babak yang diselit nyata membuatkan para penonton tak tentu arah. Apabila ditanya siapakah cinta pertama Son Ye-jin, jawabnya,
Cinta sekarang ialah cinta pertama saya.
Rata-rata peminat menebak sama ada pengakuan itu ditujukan buat Hyunbin iaitu kekasihnya.

Walaubagaimanapun, disebabkan ia hanyalah sedutan sahaja, jadi tidak dapat dipastikan apakah inti pati perbualan berkenaan.
Sama-sama kita saksikan episod penuh nanti bagi melihat perbualan mereka mengenai hal itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




