Ikuti Kami:

Bukan Lagi Khabar Angin, Hyunbin & Son Yejin Sah Bercinta

Bukan Lagi Khabar Angin, Hyunbin & Son Yejin Sah Bercinta

Termasuk yang kali ini, sudah 4 kali Hyunbin dan Son Ye-jin dilanda gosip bercinta.

Gosip ini bermula apabila gambar mereka berdua sedang membeli barangan dapur di Los Angeles, California telah bertiup di serata media sosial beberapa ketika dahulu. Namun begitu, kedua-dua pelakon tersebut telah menafikannya dan menjelaskan bahawa hubungan mereka tak lebih daripada kawan rapat sahaja.

Pun begitu, menurut Dispatch, Son Ye-jin dan Hyunbin benar-benar bercinta kali ini dan hubungan mereka sudah pun bermula sejak 8 bulan lepas.

Khabarnya, mereka berdua sering dilihat bersenam bersama-sama dan melawat pusat golf bersama. Mereka juga sudah beberapa kali bermain golf di padang permainan itu yang terletak di daerah Gangwon. Walaubagaimanapun disebabkan Hyunbin perlu ke Jordan untuk penggambaran filem “The Point Men” pada Julai dan Son Ye-jin pula sedang sibuk dengan persediaan filem Hollywood “Cross”, mereka tiada kesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama.

hyunbin dan son yejin bercinta

Tambah laporan ini lagi, pasangan ini mula merindui satu sama lain selepas drama “Crash Landing On You” tamat penggambaran. Disebabkan itu, hubungan rapat sebagai rakan pelakon kemudiannya berubah kepada pasangan kekasih.

Selepas laporan ini dikeluarkan, kedua-dua agensi naungan Hyunbin dan Son Ye-jin telah pun mengesahkan berita tersebut. Menurut VAST Entertainment,

Hello, ini adalah VAST Entertainment,

Kami gembira untuk mengumumkan kenyataan rasmi mengenai berita artis kami, Hyunbin yang dilaporkan pada hari ini.

Hyunbin dan Son Ye-jin mengenali antara satu sama lain menerusi projek yang sama dan selepas drama lakonan mereka tamat, hubungan itu berubah kepada pasangan kekasih kerana perasaan suka antara satu sama lain.

Kami meminta sokongan anda untuk perhubungan mereka pada masa akan datang.

hyunbin dan son yejin bercinta

Kata MS Team Entertainment pula,

Kami akan mendedahkan kenyataan rasmi mengenai artikel Son Ye-jin dan Hyunbin yang dilaporkan media baru-baru ini.

Kedua mereka membina hubungan yang rapat menerusi kerja, dan selepas drama mereka tamat, mereka berjumpa dek perasaan baik antara satu sama lain. Ia kemudiannya berubah menjadi hubungan romantik.

Kami meminta perhatian dan sokongan daripada anda supaya mereka dapat terus berjumpa dengan baik. Terima kasih.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...