Ikuti Kami:

Tahniah! Honey Lee Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Tahniah! Honey Lee Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Setelah sekian lama menunggu, Honey Lee dan suami akhirnya selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam.

Pada 21 Jun, agensi Honey Lee, Saram Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi seperti berikut:

Helo, ini ialah Saram Entertainment, syarikat pelakon Honey Lee.

Kami ingin memaklumkan bahawa semalam (20 Jun), pelakon Honey Lee telah melahirkan seorang anak perempuan di dalam sebuah hospital yang terletak di Seoul.

Ibu dan anak perempuan itu kini sihat, dan mereka semakin pulih di bawah jagaan ahli keluarga mereka. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghantar ucapan tahniah, dan sila kirimkan banyak berkat dan kata-kata semangat kepada pelakon Honey Lee, yang telah menerima kehidupan baru sebagai keluarganya, dan kepada bayinya yang baru dilahirkan.

Terima kasih.

anak honey lee

Untuk pengetahuan, Honey Lee telah berkahwin dengan lelaki bukan selebriti pada Disember lepas.

Tahniah buat Honey Lee dan suami!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...