Honey Lee dan pasangan pastinya sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata pertama mereka.
Terbaru, Honey Lee berkongsi di Instagram beberapa hadiah yang diterimanya dari kenalan dan peminat khas untuk bayi yang bakal tiba tak lama lagi itu.
Kata wanita itu,
Terima kasih.
Daripada foto yang dimuat naik, stroller yang diberikan itu mencapai nilai 2 juta won selain turut menerima buku khas dari penulis Park No-hae.
Dalam pada itu, Honey Lee turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang memberikan hadiah ‘baby bouncer’ dan biji kopi buatnya.
Untuk pengetahuan, Honey Lee berkahwin dengan lelaki bukan selebriti pada Disember tahun lalu dan dijangka akan melahirkan anak pertama dalam bulan Jun ini.
Tak sabar nak tengok anak pertama Honey Lee!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.