Ikuti Kami:

Taeyong NCT Sah Bakal Jadi Pengacara Bagi Program Realiti ‘Tik Tok’s Counterattack’

Taeyong NCT Sah Bakal Jadi Pengacara Bagi Program Realiti ‘Tik Tok’s Counterattack’

Umum pasti amat mengenali kumpulan penyanyi lelaki yang terdiri daripada jumlah yang agak ramai, NCT (Neo Culture Technology). Terbaru, ahli dari kumpulan NCT, Tae-yong telah disahkan bakal menjadi pengacara bagi program “Tik Tok’s Counterattack”.

Pihak Mnet iaitu saluran muzik kabel bagi program realiti “Tik Tok’s Counterattack”, telah mengumumkan,

Kami telah memilih Tae-yong sebagai pengacara untuk ‘Dance Coaching Reality’ iaitu “Tiktok’s Counterattack” dan ia dijadualkan bakal disiarkan pada bulan Jun.

Sebelum siaran program realiti “Street Man Fighter”, pelatih “Street Woman Fighter” akan melatih peserta yang mempunyai kesungguhan untuk menari. Ia dirancang untuk menunjukkan potensi bakat-bakat mereka selain untuk menambah keterujaan dengan mencungkil kebolehan para peserta.

taeyong

Tae-yong turut berkongsi pendapatnya mengenai program realiti tersebut,

Saya sangat gementar kerana ini adalah cabaran pertama saya menjadi pengacara, tetapi saya akan memainkan peranan dengan menambah rasa semangat antara perserta yang dan sebagai pemimpin “Swoopa”.

Kira-kira lebih 2,500 peserta dari golongan tadika sehingga mereka yang berumur 50-an bersemangat menyertainya. Daripada pelakon, pelawak, dan idola kepada doktor, pegawai awam, penyelidik, dan profesor juga turut memohon. Terdapat juga peserta dari Amerika Syarikat, Kanada, Sweden, Jepun dan Indonesia. Pada 30 April akan datang, satu uji bakat jalanan akan diadakan bagi mereka yang melepasi pusingan pertama di Hongdae Festival Street dan Gangnam Square.

Semakin meluas peluang buat Tae-yong untuk mencungkil bakatnya selain daripada menyanyi dan menari kan! Jadi, korang kena sentiasa menunjukkan sokongan kepada Taeyong okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...