Ikuti Kami:

“Saya Sangat Takut” – Peminat Fanatik Hubungi Tak Henti Ketika Live, Taeyong NCT Luah Rasa Kecewa

“Saya Sangat Takut” – Peminat Fanatik Hubungi Tak Henti Ketika Live, Taeyong NCT Luah Rasa Kecewa

Macam-macam dugaan apabila menjadi idola, kadang-kadang pasti ada peminat fanatik yang melampaui batas.

Sama seperti Taeyong NCT yang baru-baru ini meluahkan rasa lelah selepas menerima beberapa panggilan nombor tidak dikenali semasa melakukan Instagram Live baru-baru ini.

Hanya mahu bersembang dengan peminat, panggilan yang tidak diundang itu membuatkan suaranya dimatikan ketika live berkenaan. Malah penonton juga perasan wajah lelaki itu yang berubah kerana berasa kecewa dengan situasi itu.

Ahli NCT itu kemudiannya memaklumkan kepada peminat yang menonton bahawa dia dihubungi nombor tidak dikenali daripada luar negara, terutamanya daripada Amerika Syarikat.

Taeyong turut bercakap di dalam bahasa Inggeris supaya semua memahami situasi berkenaan selain meluahkan rasa takutnya,

Tolong, jangan hubungi saya. Sangat kurang ajar.

Saya sangat takut jadi jangan hubungi walaupun awak tahu nombor telefon saya. Tolonglah.

Melihatkan rintihan Taeyong, rata-rata peminat berasa risau selain geram dengan sasaeng ‘peminat fanatik’ yang tidak mengetahui batasan dan pentingkan diri.

Tak faham kenapa sasaeng perangai macam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...