Ikuti Kami:

Taeyang BIGBANG Lelaki Korea Pertama Dilantik Jadi Duta Global Jenama Mewah ‘Givenchy’

Taeyang BIGBANG Lelaki Korea Pertama Dilantik Jadi Duta Global Jenama Mewah ‘Givenchy’

Nampaknya, Taeyang akan menjadi wajah baru untuk jenama ‘Givenchy’ pada 2023 ini!

Terbaru, jenama fesyen mewah Perancis Givenchy telah mengumumkan,

Givenchy dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Taeyang sebagai duta global 2023.

Selain itu, pengarah kreatif Givenchy iaitu Matthew Williams berkata,

Taeyang ialah seorang artis yang memberi inspirasi, seorang perintis muzik dengan cara yang tulen dan memecahkan halangan untuk menyatakan gaya peribadinya sendiri, yang sangat sesuai dengan estetika Givenchy hari ini.

Kemudian, Taeyang juga turut meluahkan rasa terujanya menjadi duta global baru buat jenama itu, dengan mengulas,

Saya bersyukur kerana dapat memulakan lembara baru dalam hidup saya ini bersama Givenchy. Ia mempunyai makna yang istimewa kepada saya kerana Givenchy ialah jenama yang telah memberi inspirasi kepada saya dalam pelbagai cara selama ini. Matthew juga telah menjadi pemimpin dalam kedua-dua fesyen dan budaya selama bertahun-tahun. Saya menantikan cara menarik untuk bekerjasama dengan Givenchy melalui perkongsian ini.

Dalam pada itu, Taeyang adalah lelaki Korea pertama dilantik sebagai duta global untuk Givenchy dan dia juga akan menghadiri pertunjukan Minggu Fesyen Lelaki Givenchy di Paris pada hari esok.

Tahniah Taeyang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...