Ikuti Kami:

Taeyang Bakal Buat Kemunculan Semula Pada Bulan April Ini

Taeyang Bakal Buat Kemunculan Semula Pada Bulan April Ini

Apa! Taeyang akan buat kemunculan semula?

Terkini, agensi The Black Label telah mengesahkan bahawa Taeyang bakal membuat kemunculan semula pada bulan April ini.

Taeyang sedang bersedia untuk mengeluarkan album baharu pada bulan April dan belum ada apa-apa keputusan lagi.

Untuk maklumat, ini adalah kemunculan semula pertama Taeyang selepas tiga bulan sejak lagu “VIBE” yang dikeluarkan pada 13 Januari lalu. Selain itu, ini juga merupakan album pertamanya dalam tempoh enam tahun sejak “White Night” dikeluarkan pada 2017.

taeyang

Sekadar info, pada Disember tahun lalu, Taeyang telah meninggalkan YG Entertainment dan berpindah ke agensi The Black Label. Selepas itu, dia juga mengeluarkan single digital “VIBE” berkolaborasi dengan Ji-min dari BTS.

VIP, korang mesti tak sabar kan nak tunggu kemunculan semula Taeyang tak lama lagi?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...