Ikuti Kami:

Menari Lagu ‘VIBE’ Bersama, Peminat Luah Rasa Rindu Terhadap Taeyang & G-Dragon

Menari Lagu ‘VIBE’ Bersama, Peminat Luah Rasa Rindu Terhadap Taeyang & G-Dragon

VIP tengah seronok ke tu lepas tengok video Taeyang menari bersama G-Dragon?

Terkini, Taeyang telah memuat naik video tarian “Vibe Challenge” bersama G-Dragon, di saluran YouTube miliknya.

Meskipun pada awal video G-dragon tidak menunjukkan wajahnya dengan betul, tetapi gerak tariannya yang unik membuktikan identitinya sebagai ketua ahli kumpulan BIGBANG. 

Sebelum ini, ketika Taeyang sedang mempromosikan aktivitinya untuk lagu “VIBE”, peminat percaya bahawa ahli BIGBANG yang lain akan memberi sokongan mereka terhadap Taeyang. Malah, aksi lincah G-Dragon menari bersama Taeyang berjaya menarik perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TAEYANG (@__youngbae__)

Antara komen yang ditinggalkan oleh peminat adalah,

Saya menangis. Saya betul-betul ingin berjumpa dengan awak berdua.

 

Wah, gabungan yang sungguh dahsyat… Jangan buat saya berharap untuk kamu berdua membuat kemunculan semula.

 

Saya dah menunggu lama untuk gabungan ini.

Sedikit info, Taeyang telah melakukan kolaborasinya bersama Ji-min BTS untuk lagu “VIBE”, dikeluarkan pada 13 Januari lalu.

Terubat sikit rindu dekat BIGBANG…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...