Utama K-Pop “Saya Bersenam 5-6 Kali..” – Tayang ‘Six Pack’, Taeyang BIGBANG Kongsi Rutin...

“Saya Bersenam 5-6 Kali..” – Tayang ‘Six Pack’, Taeyang BIGBANG Kongsi Rutin Senaman

bigbang taeyang

Baru-baru ini, Taeyang BIGBANG telah tampil dalam program “Omniscient Interfering View”, di mana dia menunjukkan kehidupan hariannya bersama pengurusnya, ketika sedang mempromosikan single “VIBE”.

Dalam siaran tersebut, Taeyang dilihat pergi ke gim pada awal pagi. Selepas menyapa jurulatihnya, idola itu terus memanaskan badan dan mula bersenam dengan penuh semangat.

Menarik perhatian, apabila jurulatih meminta Taeyang untuk menunjukkan perutnya, ahli BIGBANG itu mengejutkan semua panelis program berkenaan dengan ‘six pack’nya yang menawan. Soal Yang Se-hyung,

Berapa kali seminggu awak bersenam?

bigbang taeyang

Jawab Taeyang,

Saya bersenam dengan jurulatih peribadi 5-6 kali seminggu.

Kemudian, penyanyi lelaki itu meneruskan bersenam dengan mengangkat dumbbell, memanjat bola gim dan melatih otot bahunya.

Fuh badan Taeyang maintain je dari dulu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERInsight
Loading...