Ikuti Kami:

Taecyeon Gagal Selamatkan, Kenapa ‘Heartbeat’ Catat Rating 1% Sahaja Kini?

Taecyeon Gagal Selamatkan, Kenapa ‘Heartbeat’ Catat Rating 1% Sahaja Kini?

Bukan mudah nak ‘survive’ dalam lambakan K-Drama sekarang ini.

Antara drama yang tenggelam dengan arus naskhah yang tumbuh bak cendawan selepas hujan ini ialah “Heartbeat” di mana ia diterajui oleh Ok Taec-yeon, Won Ji-ahn, Yoon So-hee dan ramai lagi.

Walaupun bermula dengan catatan yang memuaskan namun rating drama itu menurun pada angka 1.9% kini sekaligus membuatkan reputasinya berada di awangan.

heartbeat

Menjengah komen penonton, rata-ratanya meluahkan bahawa plot “Heartbeat” semakin bosan kini selain lakonan pelakon utamanya yang kurang menonjol. Walau bagaimanapun, ada yang lelah melihat cerita di mana teraju wanita kedua yang akan menjatuhkan heroin.

Untuk pengetahuan, drama KBS ini membawa kisah separuh-manusia separuh-pontianak Seon Woo-hyeol (Ok Taec-yeon) yang tak mampu menjadi manusia kerana satu hari perbezaan dalam 100 tahun, mula tinggal bersama Joo In-hae (Won Ji-an), seorang wanita yang tidak mempunyai kehangatan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...