Ikuti Kami:

T.O.P BIG BANG Dipersoal Muat Naik Foto Pentas 2NE1 Namun Padam Nama BLACKPINK

T.O.P BIG BANG Dipersoal Muat Naik Foto Pentas 2NE1 Namun Padam Nama BLACKPINK

Rasanya semua masih lagi terbayang-bayang pentas 2NE1 di Coachella semalam kan? Meremang!

Nampaknya bukan sahaja peminat K-Pop yang gembira dengan kemunculan kumpulan wanita itu selepas 6 tahun namun T.O.P BIG BANG juga tidak dapat menahan perasaan terujanya mengenai pentas tersebut.

Terbaru penyanyi rap itu telah berkongsi tangkapan skrin tweet mengenai pentas 2NE1 itu di akaun Instagram miliknya. Pun begitu, ramai yang terpana apabila melihat ahli BIG BANG tersebut menconteng nama BLACKPINK daripada tweet berkenaan.

Pun begitu, ramai yang terpana apabila melihat ahli BIG BANG tersebut menconteng nama BLACKPINK daripada tweet berkenaan.

Disebabkan itu, rata-rata BLINK (nama peminat BLACKPINK) meluahkan rasa kesal kerana melihat T.O.P yang tidak menyokong kumpulan itu meskipun mereka pernah sebumbung di bawah YG Entertainment sebelum ini.

t.o.p

Pun begitu, ada yang mengatakan bahawa T.O.P berkemungkinan besar memadam nama BLACKPINK dan memuat naik gambar 2NE1 memandangkan mereka bukan di bawah agensi yang sama lagi.

Walau bagaimanapun, T.O.P dilihat sudah pun memadam entri berkenaan daripada akaun Instagramnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...