Park Bom Gementar Ketika Persembahan 2NE1 Di Coachella, Tindakan Manis CL Raih Pujian Ramai
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Masih terasa dalam mimpi apabila 2NE1 membuat persembahan mengejut di pentas Coachella di California selepas 6 tahun lamanya.
Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dengan kejutan yang langsung tidak terlintas di fikiran mereka. Ianya mampu direalisasikan apabila CL sebagai ketua membentangkan cadangan berkenaan sebagai salah satu persembahan bagi slotnya di Coachella.

Sudah sekian lama tidak bersama, sepertinya api semangat Minzy, Dara, CL dan Park Bom masih lagi membara. Pun begitu, peminat perasan yang Park Bom kelihatan seperti risau dan gementar ketika awal persembahan itu.
This performance had alot of good moments but my favorite is that one where CL cheerd up Park Bom yelling at her ear haha. @chaelinCL @haroobomkum #2NE1 pic.twitter.com/S3HTAL6oSE
— 2NE1 Charts (@2NE1Achievement) April 17, 2022
Walau bagaimanapun, CL yang prihatin dilihat memaut bahu Park Bom dan menjerit kepadanya sekaligus menaikkan semangat wanita itu. Tindakan manis ketua itu nyata membuatkan peminat terharu sekaligus yakin bahawa ahli 2NE1 sentiasa ada untuk satu sama lain walaupun mereka sudah berbelas tahun bersama.
2NE1 selamanya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




