Ikuti Kami:

“Atas Cadangan CL” – 6 Tahun Berlalu, Ini Kisah Disebalik Kejutan Persembahan 2NE1 Di Coachella

“Atas Cadangan CL” – 6 Tahun Berlalu, Ini Kisah Disebalik Kejutan Persembahan 2NE1 Di Coachella

Siapa yang masih tak habis terperanjat lagi dengan pentas istimewa 2NE1 di Coachella di California pada pagi tadi?

Tanpa sebarang berita, kumpulan kegemaran ramai itu membuat kejutan apabila mereka membuat persembahan lagu ‘I Am The Best’ di pentas antarabangsa itu. Malah Sandara Park, Minzy, CL dan Park Bom kelihatan bertenaga dan semangat selepas sekian lama tidak tidak membuat persembahan bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Coachella (@coachella)

Bukan sahaja ahli 2NE1 merahsiakan hal tersebut, malah pihak Coachella serta agensi 88 Rising turut sama-sama merancang kejutan hebat ini. Meskipun hanya mengumumkan CL bakal menghiasi pentas itu, peminat disapa keterujaan dengan kemunculan kesemua ahli lain.

Ulas wakil CL,

Apabila CL dijemput ke Coachella, kami menyediakan acara istimewa untuk para peminat yang mahu menyaksikan pentas 2NE1. CL juga mahu bersama-sama ahlinya untuk membuat persembahan. Jadi, cadangan untuk pentas Coachella dibuat.

Selepas 6 tahun dibubarkan, 2NE1 buat pertama kali berdiri semula di pentas ini. Merupakan kumpulan wanita kesayangan ramai dahulu kerana konseo yang memukau seperti lagu “Fire”, “I Don’t Care”, “Follow Me”, ” Clap”, “Hurt”, “Lonely”, “Come Back Home” dan banyak lagi.

2ne1 coachella

Tambahan pula, rata-rata BLACKJACK (nama peminat 2NE1) masih ralat selepas mendapat tahu bahawa 2NE1 dibubarkan atas keputusan agensi sahaja tanpa perbincangan bersama kesemua ahli. Ianya dikongsi sendiri oleh CL dan Minzy dalam sebuah temubual tak lama dahulu. Disebabkan itu, persembahan ini merupakan hadiah yang paling manis buat mereka.

Terharu tengok persembahan mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...