Ikuti Kami:

“Saya Patah Hati..” – CL Kongsi Perasaan Hanya Tahu 2NE1 Bubar Melalui Laporan Berita

“Saya Patah Hati..” – CL Kongsi Perasaan Hanya Tahu 2NE1 Bubar Melalui Laporan Berita

Dalam banyak-banyak pembubaran kumpulan K-Pop, semestinya kehilangan 2NE1 yang memberikan kesan kepada peminat. Sudah diberikan bayangan akan ada comeback selepas pentas ‘2015 Mnet Asian Music Awards’, semuanya hanya angan-angan sahaja apabila kumpulan dari YG Entertainment disahkan bubar selepas itu.

Terbaru, CL berkongsi cerita mengenai saat dia mengetahui mengenai pembubaran 2NE1 menerusi sebuah temubual bersama AP Entertainment.

Tanya wartawan itu,

Rakan sekerja saya menemubual Minzy tak lama dahulu dan dia menyatakan bahawa pembubaran 2NE1 hanya diketahui menerusi media. Bagaimana awak mendapat tahu mengenainya?

CL menjawab dengan ketawa yang kekok,

Saya juga…. sejujurnya.

Penyanyi itu kemudiannya kelihatan beremosi semasa mengenang kembali kisah itu,

Saya berada di makan makan malan Kesyukuran dan telefon bimbit saya menerima notifikasi tak henti-henti. Tapi itulah, situasi tersebut, saya sangat patah hati.

Namun CL mengambil yang positif dan bersyukur kerana dapat mengawal dan bebas dengan apa yang mahu dilakukan.

Harapnya 2NE1 akan buat reunion kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...