Ikuti Kami:

“Syarat Jadi Kacak Dah Menurun” – Jadi Perdebatan, Netizen Tak Faham Kenapa Park Seojoon Digelar Tampan

“Syarat Jadi Kacak Dah Menurun” – Jadi Perdebatan, Netizen Tak Faham Kenapa Park Seojoon Digelar Tampan

Netizen membincangkan sama ada Park Seo-joon kelihatan kacak disebabkan oleh watak yang dibawanya atau tidak.

Baru-baru ini, seorang netizen telah berkongsi beberapa tangkapan skrin wajah Park Seo-joon tanpa mengenakan sebarang alat solek dengan tajuk,

Saya tidak tahu kenapa orang kata Park Seo-joon kacak..

Di mana ianya telah menarik perhatian ramai di dalam komuniti atas talian, Nate Pann.

Malah, penulis itu turut meninggalkan komen,

Saya tak pernah terfikir bahawa Park Seo-joon kacak. Dia memang lebih tampan dari orang biasa, tapi.. kelihatan lebih baik dari orang biasa dan kelihatan kacak adalah berbeza.

park seojoon nate

Tambahnya,

Sejujurnya, dia dan Lim Young-woong berada di tahap yang sama di mata saya. Adakah mata saya pelik?

Berikutan dengan ini, netizen lain membalas,

Saya rasa syarat menjadi kacak untuk pelakon Korea telah menurun sejak Park Seo-joon menjadi terkenal.

 

Dia kurang kacak berbanding pelakon lain tapi lakonannya dapat memikat hati penonton.

 

Dia nampak kacak kerana dia telah dapat watak yang baik dalam setiap drama.

 

Perbandingan dengan Lim Young-woong itu agak keterlaluan, tapi saya juga tidak faham apa yang kacak tentang dia.

 

Dia lebih kepada lelaki kacak berbanding daripada pelakon kacak.

 

Dia kelihatan kacak pada masa lalu, tapi sekarang dia dah tua dan kurang tampan.

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...