Ikuti Kami:

Meski Terkenal Di Jepun, Park Seojoon Dipuji Kerana Berani Tampil Dalam ‘Gyeongseong Creature’

Meski Terkenal Di Jepun, Park Seojoon Dipuji Kerana Berani Tampil Dalam ‘Gyeongseong Creature’

Keputusan Park Seo-joon untuk muncul di dalam “Gyeongseong Creature” selepas kejayaan “Itaewon Class” telah dipuji ramai.

Dibintangi Park Seo-joon, “Gyeongseong Creature” merupakan drama yang berlatar belakang zaman kolonial Jepun dan diinspirasikan daripada “Unit 731”.

Di mana, “Unit 731” ini merupakan unit biokimia milik tentera Jepun yang menjalankan eksperimen terhadap manusia dan rata-rata bahan subjek yang digunakan adalah mangsa tawanan perang.

Pelakon yang terlibat di dalam drama ini, terutamanya Park Seo-joon telah memainkan peranan penting dan turut dipuji kerana berani untuk menyertai drama ini.

Terutamanya selepas “Itaewon Class” dikenali sebagai salah satu drama yang terkenal di Jepun sekali gus menyebabkan pelakon itu diminati oleh peminat di sana.

park seojoon itaewon

Meskipun dirinya dikritik di media sosial, pelakon ini masih kekal untuk memilih drama ini berdasarkan dari maksud cerita berbanding populariti.

Para pengkritik drama berkata,

Park Seo-joon sangat terkenal di Jepun jadi ianya mesti sukar untuk dia membuat keputusan untuk membintangi drama yang berdasarkan daripada kisah gelap yang ingin disembunyikan oleh penduduk Jepun.

Tidak berhenti di situ, segelintir peminat Jepun juga turut meninggalkan komen di media sosial milik Park Seo-joon,

Ianya sukar untuk saya tonton drama ini sebab saya berasal dari Jepun. Tapi disebabkan drama ini, saya dapat tahu sejarah perit yang dialami oleh penduduk Korea masa perang dahulu.

Korang dah habis layan ke belum drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...