V BTS sekali lagi memberikan sokongan buat rakannya Choi Woo-shik!
Choi Woo-shik baru-baru ini membintangi drama komedi romantis SBS “Our Beloved Summer”, yang telah tamat sirinya awal minggu ini. Seperti yang sudah diketahui oleh kebanyakan peminat, V telah menyanyikan runut bunyi drama itu berjudul “Christmas Tree”, yang telah mencipta pelbagai rekod hebat di platform muzik seluruh dunia.
Pada 29 Januari, V mendedahkan bahawa dia juga telah menunjukkan sokongannya kepada Choi Woo-shik dengan cara lain yang tidak dijangka. Dalam video yang disiarkan di Instagram Story, V kelihatan bertepuk tangan dengan gembira di set penggambaran drama tersebut ketika bintang Choi Woo-shik dan Kim Da-mi sedang bersiap sedia untuk penggambaran di belakangnya.
https://twitter.com/btsinthemoment/status/1487330178699522048?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1487330178699522048%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.soompi.com%2Farticle%2F1510786wpp%2Fwatch-btss-v-shares-cute-video-of-himself-helping-choi-woo-shik-out-on-set-of-our-beloved-summer
Apa yang lebih terharu, tarikh pada klip filem itu ialah hari lahir V iaitu pada 30 Disember 2021, yang mana menjadikan lawatan ke set itu lebih bermakna buat persahabatan mereka.
V juga telah memberikan sokongan buat pelakon itu di Instagram apabila dia dengan penuh kasih sayang meninggalkan komen di entri yang dimuat naik Choi Woo-shik dengan menulis,
Sayang, awak telah bekerja keras.
Sweet nya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.