Ikuti Kami:

‘Christmas Tree’ V BTS Capai Rekod Strim Debut Tertinggi Untuk OST Korea Di Spotify Global

‘Christmas Tree’ V BTS Capai Rekod Strim Debut Tertinggi Untuk OST Korea Di Spotify Global

V BTS telah cipta rekod hebat dengan keluaran OST terbarunya!

Walaupun dikeluarkan pada malam Krismas dan semasa cuti, OST “Christmas Tree” nyanyian V BTS, bagi drama yang sedang meningkat naik kini iaitu “Our Beloved Summer”, sudah mencipta banyak rekod hebat di pelbagai platform muzik.

Runut bunyi tersebut telah memecahkan rekod strim debut tertinggi untuk OST Korea dengan strim sebanyak 1.46 juta dengan penjejakan separa hari iaitu selama 15 jam, walaupun saingan berat dengan lagu Krismas yang lain.

Selain itu, V juga telah menyingkirkan takhta legenda Krismas Mariah Carey, daripada kedudukan pertama di iTunes US dan iTunes Worldwide. Dia kini satu-satunya penyanyi solo Korea yang membuat debut terus di #1 di iTunes AS dengan dua lagu solo.

Tahniah V!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...