Sudah hampir sebulan berkahwin, Hyunbin dan Son Ye-jin kini nampaknya sedang seronok meluangkan waktu bersama di Amerika Syarikat.

Pada 2 minggu lepas, Hyunbin dan Son Ye-jin dilihat berada di lapangan terbang ke Amerika Syarikat bagi berbulan madu.
Pada 24 April pula, gambar pasangan sejoli itu yang sedang berbulan madu, telah dikongsi oleh seorang pengguna di media sosial dan akhirnya tular.
Dalam foto yang dimuat naik, Hyunbin dan Son Ye-jin sedang duduk bersebelahan di sebuah restoran. Orang yang pada mulanya menyiarkan gambar itu menjelaskan bahawa gambar itu diambil di sebuah restoran di Koreatown, New York City.
Tambahan, dalam foto lain yang dikongsi, Hyunbin dan Son Ye-jin kelihatan sedang berjalan di bandar US dengan kasut mereka yang sepadan. Sweet kan?
Dalam pada itu, turut dilaporkan bahawa pasangan itu akan menikmati perjalanan bulan madu mereka dari Los Angeles ke New York City dan kemudian ke Hawaii.
Seronoknya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.