Mahu Berbulan Madu, Hyunbin & Son Yejin Diserbu Peminat Di Lapangan Terbang Los Angeles
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Nampaknya, tiada siapa yang mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin selepas mereka dikhabarkan bakal terbang ke Amerika Syarikat bagi berbulan madu.
Artikel Berkaitan
Selepas penerbangan yang panjang, pasangan pengantin baru itu tiba di Lapangan Terbang Tom Bradley, Los Angeles pada awal pagi 12 April. Sejurus sahaja sampai di lapangan terbang, Hyunbin dan Son Ye-jin telah diserbu oleh sekumpulan peminat yang sekian lama menantikan mereka.


Bahkan Hyunbin dilihat sentiasa menjaga isterinya dan memastikan Son Ye-jin tidak berasa lemas akibat diterjah oleh para peminat tersebut. Bukan itu sahaja, lelaki itu meminta mereka supaya tidak mengambil gambar Son Ye-jin.
Pun begitu, mereka tetap tersenyum sambil menerima hadiah daripada peminat selain turut meluangkan masa untuk menandatangani autograf buat semua yang menunggu.

Semoga mereka dapat berbulan madu dengan tenang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




