Ikuti Kami:

Hyunbin & Son Yejin Terbang Ke US Untuk Bulan Madu

Hyunbin & Son Yejin Terbang Ke US Untuk Bulan Madu

Sedar tak sedar, sudah seminggu lebih Hyunbin dan Son Ye-jin bergelar suami dan isteri.

Menurut laporan media, pasangan pengantin baru itu sudah pun menaiki kapal terbang ke Amerika Syarikat pada hari ini untuk bulan madu mereka.

Lokasi itu menjadi perhatian peminat memandangkan Hyunbin & Son Ye-jin pernah dikhabarkan bercinta selepas mereka berdua ditangkap membeli-belah di sebuah pasar raya di Amerika Syarikat pada sekitar 2018 selepas penggambaran “The Negotiation” tamat. Namun kedua-duanya menafikan berita berkenaan pada ketika itu.

gaun son yejin

Untuk pengetahuan, Hyunbin dan Son Ye-jin disatukan pada 31 Mei lalu di sebuah majlis gilang gemilang yang berlangsung di Aston House di Grand Walkerhill Sheraton.

Semoga bergembira!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...