Semua pasti sedang menanti tayangan musim kedua “Sweet Home” kan?
Selepas pelbagai berita dilaporkan mengenai barisan pelakonnya, semakin tinggi jangkaan peminat untuk sekuel siri Netflix itu.
Terbaru, khabarnya musim kedua naskhah misteri itu akan memulakan penggambaran bermula Februari ini dan dijangka tamat pada September nanti.

Untuk pengetahuan, “Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.
Apa pun, masih tiada lagi kenyataan rasmi mengenai hal ini. Sama-sama kita nantikannya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




