Utama Drama Korea Produksi ‘Sweet Home 2’ Mula Tahun Depan, Song Kang Dalam Perbincangan Untuk...

Produksi ‘Sweet Home 2’ Mula Tahun Depan, Song Kang Dalam Perbincangan Untuk Muncul Kembali

netflix sweet home 2

Setelah sekian lama menanti, akhirnya ada juga berita mengenai sekuel siri popular iaitu “Sweet Home”.

Menurut laporan pelbagai media, musim kedua siri Netflix itu akan memulakan produksi pada 2022 dan khabarnya Song Kang turut akan kembali untuk musim terbaru itu.

Selepas berita ini berterbangan, agensi Song Kang mengeluarkan kenyataan mengenainya,

Memang benar kami sedang berbincang mengenai kemunculan Song Kang dalam musim kedua ‘Sweet Home’ tapi belum ada apa-apa yang disahkan lagi.

netflix sweet home

Sekadar pengetahuan, “Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Haraplah Song Kang terima!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERKyungje Daily
Loading...