Susulan dakwaan melibatkan pelacuran, Choi Min-hwan nampaknya terpaksa berehat sebentar dari aktiviti F.T. Island.
Selepas pendedahan yang dibuat dari bekas isterinya iaitu Yul-hee, Choi Min-hwan telah diserahkan ke Balai Polis Seoul Gangnam atas dakwaan melanggan pelacur dan akan memulakan siasatan.
Disebabkan itu, F.T. Island mengumumkan bahawa kumpulan itu akan meneruskan aktiviti mereka sebagai kumpulan dua ahli buat sementara waktu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan,
Selepas perbincangan mendalam tentang aktiviti masa depan F.T. Island, kami telah memutuskan untuk meneruskan aktiviti sebagai kumpulan dua ahli termasuk Lee Hong-ki dan Lee Jae-jin.
Bermula dari aktiviti yang dijadualkan pada 2 November, pemain drum akan digantikan oleh pemuzik lain. Memandangkan Lee Hong-ki dan Lee Jae-jin telah bersiap sedia, mereka akan membuat persembahan tanpa sebarang masalah.
Nasiblah kan..