Ikuti Kami:

Susahkan Orang Awam Ketika Penggambaran, Pihak ‘Squid Game 2’ Mohon Maaf

Susahkan Orang Awam Ketika Penggambaran, Pihak ‘Squid Game 2’ Mohon Maaf

Sudah memulakan penggambaran namun, pasukan “Squid Game 2” telah terpalit dengan kontroversi baru-baru ini..

Pada 11 Julai, seorang individu tanpa nama telah membuat satu hantaran di komuniti dalam talian, mengadu tentang interaksi mereka bersama ahli kakitangan “Squid Game 2”.

Khususnya, individu tersebut menulis bahawa ketika sedang menjalani penggambaran, salah seorang staf produksi telah menghalang orang ramai dari menggunakan eskalator awam, dengan cara yang kasar dan nada seolah-olah seperti memerintah.

Setelah hantaran tersebut mendapat perhatian, pasukan produksi siri Netflix itu telah mengeluarkan kenyataan, memohon maaf atas insiden yang berlaku pada hari itu. Tulis mereka,

Kami melihat siaran mengenai seorang warganegara yang mengalami ketidakselesaan semasa penggambaran untuk ‘Squid Game 2’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 10 Julai. Walaupun kami cuba sedaya upaya untuk memaklumkan secara terperinci tentang situasi di lokasi semasa penggambaran, kami memohon maaf kerana buat orang tidak selesa.

netflix squid game

Tambahnya lagi,

Kami amat berterima kasih kepada rakyat yang memahami keadaan kami semasa penggambaran dan kami akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Hmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...