Ikuti Kami:

Meski Ada Yang Kritik, Pengarah Dedah Sebab Pilih T.O.P Sertai ‘Squid Game 2’

Meski Ada Yang Kritik, Pengarah Dedah Sebab Pilih T.O.P Sertai ‘Squid Game 2’

Nampaknya, ada sebab kenapa pengarah memilih T.O.P untuk membintangi musim kedua “Squid Game”..

Sebelum ini, ada netizen yang kurang ‘senang’ selepas mengetahui bahawa T.O.P akan turut sertai “Squid Game 2” dek isu penggunaan dadah sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut media Korea pada 7 Julai, lelaki itu akan membawa watak sebagai idola yang aktif sebagai penyanyi namun telah bersara kini dalam siri Netflix itu nanti.

Memandangkan wataknya itu memerlukan seorang pelakon yang juga boleh rap dan menari, pengarah Hwang Dong-hyuk secara peribadi memilih T.O.P untuk peranan tersebut.

Sementara itu, T.O.P juga telah menunjukkan bakat lakonannya yang serba boleh seperti menerusi filem “Commitment” dan “Tazza: The Hidden Card”.

Korang teruja tak nak tonton T.O.P dalam “Squid Game 2”?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...