Ikuti Kami:

“Susah Fokus Sebab..” – Jeon Yeobeen Dedah Kesukaran Rakam Babak Cium Dengan Ahn Hyoseop

“Susah Fokus Sebab..” – Jeon Yeobeen Dedah Kesukaran Rakam Babak Cium Dengan Ahn Hyoseop

Pelakon yang hebat pastinya ada cara yang tersendiri untuk fokus dalam mendalami watak.

Baru-baru ini, Jeon Yeo-been telah terlibat dengan satu temu bual khas, bagi berkongsi cerita ketika penggambaran drama “A Time Called You”.

Pada awalnya, dia mengulas mengenai keserasiannya bersama Ahn Hyo-seop dan Kang Hoon,

Hyo-seop dan Kang Hoon kedua-duanya adalah lelaki yang baik. Saya tahu Hoon seorang yang menyeronokkan terutamanya selepas penampilannya dalam rancangan hiburan baru-baru ini. Sinergi mereka benar-benar terbaik. Mereka pastinya membuat orang gembira di set.

Kemudian, wanita itu turut mendedahkan bahawa adegan yang paling mencabar untuk dirakam adalah babak ciuman bersama Hyo-seop di Pulau Jeju. Jelasnya,

Perjalanan terakhir kami adalah di Pulau Jeju. Kami menghadapi banyak kesukaran kerana terdapat ramai pelancong di situ. Setiap kali kami merakam adegan cium di sana, orang awam akan jerit seperti ‘omg’ ‘kyaa’ tetapi saya benar-benar harus menumpukan perhatian.

jeon yeobeen ahn hyoseop

Sambungnya lagi,

Walaupun saya mendengar sorakan, yang saya fikirkan hanyalah perpisahan saya dengan Si-heon.

Memang mantap chemistry dorang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...