Mesti ramai kan dah layan drama “A Time Called You” iaitu adaptasi dari siri popular Taiwan “Someday or One Day” di Netflix?
Terbaru, pengarah “A Time Called You” iaitu Kim Jin-won telah terlibat dalam satu temu bual khas, bagi menceritakan sedikit sebanyak mengenai drama berkenaan.
Khususnya ketika sesi temu bual, pengarah menjelaskan mengenai penampilan istimewa Rowoon sebagai Tae-ha dalam drama itu. Dia berkata,
Saya banyak berfikir tentang adegan itu dan mengusahakannya. Jadi saya meminta Ahn Hyo-seop untuk bertanya kepada Rowoon sama ada dia baik-baik sahaja dengan peranan ini.
Kemudian, pengarah turut mendedahkan bahawa ahli SF9 itu tidak menerima apa-apa bayaran untuk lakonannya dalam “A Time Called You” namun dengan satu syarat,
Saya mahu awak menulis ini sebagai artikel. Rowoon tidak menerima bayaran untuk penampilannya. Syaratnya adalah dia meminta Ahn Hyo-seop untuk menghantar trak makanan atas nama Rowoon.
Senang je tau permintaan Rowoon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.