Ikuti Kami:

Ahn Hyoseop & Rowoon Jatuh Cinta Satu Sama Lain, Penonton Terkejut Lihat Plot ‘A Time Called You’

Ahn Hyoseop & Rowoon Jatuh Cinta Satu Sama Lain, Penonton Terkejut Lihat Plot ‘A Time Called You’

Ada tak yang dah mula layan drama Netflix “A Time Called You”?

Selain pelakon utama Ahn Hyo-seop, Jeon Yeo-been dan Kang Hoon, Rowoon juga turut tampil membuat kemunculan istimewa dalam episod ke-8.

Khususnya, episod 8 bermula dengan watak Ahn Hyo-seop iaitu Yeon-jun bertemu dengan watak Rowoon iaitu Tae-ha di dalam sebuah kelas. Ketika dia sedang tidur, Yeon-jun dilihat tidak dapat melepaskan pandangannya kepada Tae-ha.

Kemudian pada satu hari, Yeon-jun pergi menemani Tae-ha untuk berlatih memandu sambil mereka berbual dan mengeratkan lagi persahabatan mereka. Namun tiba-tiba, Yeon-jun secara perlahan-lahan memegang tangan Tae-ha dan kedua mereka tersenyum sambil memandang antara satu sama lain.

Selepas kedua mereka nampaknya sudah meluahkan perasaan masing-masing malangnya, ia bukan pengakhiran yang menggembirakan buat keduanya kerana mereka terlibat dalam sebuah kemalangan.

Memandangkan plot cinta antara watak Ahn Hyo-seop dan Rowoon sememangnya tidak dijangka dalam drama ini, penonton rata-rata telah meluahkan rasa terkejut serta memuji chemistry mereka.

Amboi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...