Ikuti Kami:

“Dia Gemuk..” – Netizen Taiwan Kritik Ahn Hyoseop Tak Sesuai Berlakon Drama Remake ‘A Time Called You’

“Dia Gemuk..” – Netizen Taiwan Kritik Ahn Hyoseop Tak Sesuai Berlakon Drama Remake ‘A Time Called You’

Baru sahaja teaaer dikeluarkan, tapi ramai dah mengeluarkan pendapat mengenai drama remake dari Taiwan ke Korea “A Time Called You”.

Dari teaser itu, dapat dilihat babak mendengar pita kaset, memakai uniform sekolah dan menunggang motosikal sepertinya mengikut siri asalnya. Pun begitu, ada yang mempersoalkan mengenai penampilan Ahn Hyo-seop yang dikatakan tak ‘selari’ dengan pelakon asalnya.

Netizen Taiwan dan juga media di sana mengkritik penampilan Ahn Hyo-seop yang dikatakan ‘gemuk’. Jika dibandingkan dengan pelakon Greg Hsu, Ahn Bo-hyun kelihatan berbeza dan tidak seperti remaja bersekolah.

ahn hyoseop greg

Pun begitu, netizen Korea tampil mempertahankan Ahn Hyo-seop dan berkata,

Berat Ahn Hyo-seop naik?

 

Ahn Hyo-seop kan tinggi, sebab itu dia perlu kena naikkan berat sedikit.

 

Bibirnya yang lebar sangat menarik. Sesuai dia berlakon.

Dalam pada itu, penonton memberikan perhatian penuh buat “A Time Called You” bagi melihat sekiranya ia mampu menandingi kejayaan versi asalnya di Taiwan.

Nantikan “A Time Called You” yang bakal ditayangkan di Netflix bermula 8 September ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...