Ikuti Kami:

“Sebenarnya..” – Kim Sejeong Jawab Dakwaan Bercuti Bersama Ahn Hyoseop Di Jepun

“Sebenarnya..” – Kim Sejeong Jawab Dakwaan Bercuti Bersama Ahn Hyoseop Di Jepun

Siapa sahaja yang tak mahu pasangan selebriti Korea yang disokong mereka benar-benar bercinta kan?

Sejak beberapa hari lalu, timbul dakwaan mengatakan bahawa Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong berkemungkin besar menghabiskan masa bersama di Jepun. Ini kerana kedua-dua mereka dikhabarkan memuat naik gambar di negara matahari terbit itu selang beberapa hari sahaja.

Khabar angin semakin kencang apabila pelakon lelaki itu secara tiba-tiba memadam entri yang dimuat naiknya apabila ada yang menebak tangan Kim Se-jeong tertangkap sekali dalam salah satu gambar itu.

ahn hyoseop kim sejeong

Sepertinya terdengar mengenai khabar angin itu, pelakon wanita tersebut membuat penjelasan di siaran langsung di Weverse baru-baru ini.

Katanya,

Ada khabar angin mengatakan saya dan Ahn Hyo-seop pergi ke Jepun bersama. Kenapa saya nak ke sana bersamanya? Secara jelas, ‘rakan’ yang dimaksudkan ialah sahabat baik saya yang bercuti bersama dengan abang saya sekali.

Dalam pada itu, Kim Se-jeong bakal beraksi sebagai Do Ha-na dalam musim kedua “The Uncanny Counter” pada Julai ini.

Kawan je lah~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...