Sedar tak sedar, ‘2022 Asian Artist Awards’ bakal berlangsung pada 13 Disember nanti di Jepun.
Terbaru, ‘Anugerah Populariti DCM’ di bawah majlis itu telah mengumumkan senarai pemenangnya.
Untuk kategori penyanyi lelaki, Lim Young-woong memenangi dengan undian 323,044 manakala untuk kategori penyanyi wanita, ianya dimenangi oleh BLACKPINK dengan undian sebanyak 375,284.
Bagi kategori pelakon pula, atas undian 1,092,620, Kim Seon-ho berjaya membawa pulang kemenangan bagi kategori pelakon lelaki manakala Kim Se-jeong buat pertama kali meraih trofi ini dengan undian sebanyak 588,917.
Dalam pada itu, Kim Seon-ho turut dinobat sebagai pemenang bagi kategori pelakon untuk ‘Anugerah Populariti Idola Plus’ dan BTS pula untuk kategori penyanyi.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.