Ikuti Kami:

Setelah Sekian Lama, Kim Seonho Bakal Adakan Perjumpaan Bersama Peminat Disember Ini

Setelah Sekian Lama, Kim Seonho Bakal Adakan Perjumpaan Bersama Peminat Disember Ini

Akhirnya, Kim Seon-ho akan kembali berjumpa dengan peminat!

Pada 21 Oktober, Salt Entertainment telah mengeluarkan poster dan jadual tempahan tiket untuk acara perjumpaan peminat Kim Seon-ho “One, Two, Three, Smile”!

Agensi menulis,

Kami menjemput anda ke acara perjumpaan peminat secara luar talian pelakon Kim Seon-ho, yang dirancang dengan harapan untuk mencipta kenangan menggembirakan antara peminat dan pelakon kegemaran anda.

Apa yang menarik perhatian, ini adalah acara pertemuan peminat luar talian pertama Kim Seon-ho yang diadakan di Korea, dan juga merupakan kemunculan pertama pelakon itu di hadapan peminat selepas sekian lama.

Untuk pengetahuan, acara perjumpaan peminat Kim Seon-ho “One, Two, Three, Smile” akan berlangsung pada 10 Disember ini jam 6 petang, di Dewan Daeyang Universiti Sejong Seoul, dan tiket boleh mula dibeli pada 31 Oktober nanti jam 8 malam.

Bestnya dapat jumpa Kim Seon-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...