Utama Filem Korea Dari Pengarah ‘The Witch’, Kim Seonho Sah Terajui Filem ‘Tyrant’

Dari Pengarah ‘The Witch’, Kim Seonho Sah Terajui Filem ‘Tyrant’

kim seonho

Setelah lama menanti, Kim Seon-ho akhirnya akan kembali menemui peminat dalam pelbagai projek baru!

Terbaru pada 19 Oktober, Kim Seon-ho dilaporkan akan membintangi filem berjudul “Tyrant” yang diarahkan oleh Park Hoon-jung. Berikutan itu, wakil dari agensinya memberi respon,

Kim Seon-ho telah dijadualkan untuk muncul dalam filem baru ‘Tyrant’.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali kedua Kim Seon-ho bekerjasama dengan pengarah Park Hoon-jung, selepas filem “Sad Tropical” bergandingan dengan Go Ara.

kim seonho

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut dilamar terajui drama bersejarah “Haeshi’s Shinru”, dan dilaporkan bahawa penggambaran drama tersebut akan dilakukan selepas penggambaran untuk filem “Tyrant” tamat.

Sibuk betul Kim Seon-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Today
Loading...