“Supportive Sangat!” – Peminat Teruja Lihat Teman Lelaki Jeon Jongseo Jadi Cameo Dalam ‘Wedding Impossible’
- oleh najmina
- 2 tahuns lalu
Peminat terkejut lihat penampilan teman lelaki Jeon Jong-seo dalam “Wedding Impossible”.
Pada 2 April, episod terakhir bagi “Wedding Impossible” telah ditayangkan. Di mana, peminat telah mendapati bahawa teman lelaki Jeon Jong-seo iaitu Lee Chung-hyun telah menjadi kameo dalam salah satu babak drama tersebut.
Babak yang dimaksudkan ialah babak dimana Na Ah-jeong (Jeon Jong-seo) sedang berlakon di satu set penggambaran dan pengarah kepada drama lakonan Na Ah-jeong tersebut ialah Lee Chung-hyun.
Buat yang tidak mengetahui, Lee Chung-hyun merupakan seorang pengarah terkenal di Korea dan antara karya-karyanya ialah “The Call” dan “Ballerina”. Malah, pasangan ini juga mula bercinta selepas penggambaran filem “The Call” yang diterajui oleh Jeon Jong-seo itu tamat.
Jeon jeongseo real life boyfriend director Lee Chunghyun special appearance in #WeddingImpossible to support his girlfriend.
We love a supportive boyfriend 🥰🥰🥰🥰🥰 #WeddingImpossibleEp12 pic.twitter.com/qGbRQWJmVf
— diya! (@kdramastruggle) April 2, 2024
Selepas episod terakhir “Wedding Impossible” itu dikeluarkan, rata-rata peminat telah meluahkan keterujaan mereka terhadap penampilan Lee Chung-hyun dalam drama tersebut. Ramai juga memuji pasangan itu yang tidak takut untuk menayangkan kebahagiaan mereka pada peminat.
Antara komen peminat,
Supportive sangat!
Mana nak dapat teman lelaki macam ni?
Saya terkejut masa teman lelaki sebenar dia muncul!
Ji-han kepunyaan Jong-seo di dunia nyata!
Muka teman lelaki dia macam Ahn Hyo-seop dan Nam Joo-hyuk!
Siapa yang dah tonton episod akhir “Wedding Impossible”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




