Ikuti Kami:

“Dia Selalu..” – Kenal Dari Filem ‘The Call’, Jeon Jongseo Kongsi Kisah Cinta Bersama Teman Lelaki

“Dia Selalu..” – Kenal Dari Filem ‘The Call’, Jeon Jongseo Kongsi Kisah Cinta Bersama Teman Lelaki

Jeon Jong-seo telah menceritakan kisah percintaannya bersama dengan teman lelakinya.

Pada 26 Februari, Jeon Jong-seo telah membuat kemunculan sebagai tetamu dalam satu rancangan YouTube, di mana dia telah berkongsi kisah percintaannya bersama dengan pengarah terkenal, Lee Chung-hyun.

Katanya,

Kami mula bercinta selepas penggambaran filem ‘The Call’ tamat.

Tambahnya,

Masa hari terakhir penggambaran, dia telah muncul di hadapan rumah saya dan ajak saya pergi berjalan-jalan. Selepas berjalan, dia nampak seperti tidak mahu pulang. Jadi, kami buat keputusan untuk makan mi segera di kedai runcit dan selepas keluar bersama buat beberapa kali, kami mula bercinta.

jun-jong-seo

Sambungnya lagi,

Sejujurnya, masa tahun pertama kami bersama, saya tak rasa yang saya cintakan dia. Tapi, lama kelamaan perasaan cinta tu mula muncul dan saya juga dah mula sedar akan perasaan saya terhadap dia. Dia juga sering buatkan saya teruja dengan apa yang akan datang.

Sementara itu, Jeon Jong-seo dan Lee Chung-hyun telah mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada tahun 2021 selepas mereka bekerjasama dalam filem arahan lelaki tersebut, “The Call”.

Romantiknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...