Ikuti Kami:

Sunny SNSD Akan Nyanyi OST Drama ‘Let Me Be Your Knight’

Sunny SNSD Akan Nyanyi OST Drama ‘Let Me Be Your Knight’

Sunny dari GIRLS’ GENERATION akan mengeluarkan OST solo “Sunshine” untuk siri drama SBS yang sedang berlangsung, “Let Me Be Your Knight”!

Pada 19 November, Big Ocean ENM secara rasmi mengumumkan bahawa Sunny akan mengambil bahagian sebagai penyanyi untuk OST kedua drama SBS “Let Me Be Your Knight” bertajuk “Sunshine”, yang akan dikeluarkan pada 22 November ini.

Sunny ialah penyanyi yang digemari orang ramai kerana suaranya yang menenangkan. Sementara itu, drama “Let Me Be Your Knight” ialah drama bersiri yang ditulis oleh Seo Jeong-eun dan Yoo So-won, diarahkan oleh Ahn Ji-sook.

OST SBS Let Me Be Your KnightSiri ini menggambarkan percintaan antara bintang dunia dan doktor palsu yang secara rahsia merawat bintang itu yang sering berjalan sambil tidur. Lakonan oleh Jang Dong-joo, Jung In-sun, Lee Jun-young dan ramai lagi.

“Sunshine” ialah lagu tentang hati pasangan kekasih yang mula menyayangi antara satu sama lain. Lagu ini akan mempunyai gema lembut di hati pendengar dengan bunyi gitar akustik yang hangat dan manis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...