Ikuti Kami:

Doktor Palsu Tinggal Bersama Idola, Episod Pertama ‘Let Me Be Your Knight’ Catat Rating Baik

Doktor Palsu Tinggal Bersama Idola, Episod Pertama ‘Let Me Be Your Knight’ Catat Rating Baik

Seronok juga bila drama bawa cerita mengenai idola kan?

Sinopsis

“Let Me Be Your Knight” ialah drama romantik mengenai idola popular LUNA dan doktor palsu yang tinggal bersama bagi menyembuhkan seorang ahli. Yoon Tae-in (Lee Jun-young) yang mempunyai masalah berjalan semasa tidur. JR (NU’EST) akan membawa watak Lee Shin, pemain base kumpulan tersebut. Yoon Ji-sung sebagai Kim Yoo-chan, pemain drama LUNA manakala watak Ga-on dilakonkan oleh Kim Dong-hyun (AB6IX), pemain keyboard.

Rating biasa

Untuk pengetahuan, drama ini ditayangkan sekali seminggu iaitu pada malam Ahad di SBS. Baru menayangkan episod pertama baru-baru ini, nampaknya ia menunjukkan prestasi yang biasa namun memuaskan dengan catatan rating sebanyak 2.1%.

sbs let me be your knight

Pertemuan pertama

[Amaran SPOILER]

Episod pertama membawa cerita bagaimana Yoon Tae-in dan Kang Seon-ju (Jung In-sun) bertemu buat pertama kalinya. Disebabkan oleh kumpulan mereka iaitu LUNA yang semakin merosot dan malap daripada dunia hiburan, Yoon Tae-in mencuba pelbagai perkara sebagai ketua kumpulan. Mengambil ubatan yang banyak bagi merawat sakitnya, lelaki itu kemudiannya mengalami masih tidur malam yang teruk.

sbs let me be your knight

Bahkan Kang Seon-ju yang menyelamatkannya apabila lelaki itu berjalan malam di taman permainan yang menjadi tempat perteduhan wanita itu selepas kehilangan tempat tinggal selepas ditipu. Hubungan mereka berubah apabila pengarah agensi LUNA meminta Kang Seon-ju untuk tinggal bersama mereka dengan harapan agar masalah Yoon Tae-in akan sembuh.

Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...