Ikuti Kami:

Sungkyu INFINITE Bakal Jalani Pembedahan Kecederaan Rahang

Sungkyu INFINITE Bakal Jalani Pembedahan Kecederaan Rahang

Sebelum ini, penyanyi ini baru sahaja berkongsi perasaan untuk memasuki khidmat ketenteraan. Tetapi, terbaru, Sung-kyu INFINITE dikatakan bakal menerima rawatan pembedahan. Lah… kenapa pula?

Sung-kyu INFINITE baru-baru ini dikatakan bakal menerima rawatan pembedahan untuk rahangnya yang retak.

Agensi penyanyi tersebut, DoubleH TNE berkongsi keadaan terbaru Sung-kyu yang diterima daripada pihak hospital.

Kim Sung-kyu mengalami keretakkan di bahagian rahangnya pada hari Ahad lalu dan dikejarkan ke wad kecemasan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. 

Hasil pemeriksaan mendapati, dia kini sedang dirawat dan dijadualkan akan menjalani pembedahan pada minggu ini juga dek kerana rahangnya yang patah itu merupakan kecederaan yang serius dan dia masih akan menerima rawatan susulan selepas pembedahan. 

sunggyuAgensi Sung-kyu turut berkata mereka akan terus fokus terhadap kesembuhannya dan mereka amat mementingkan keadaan kesihatannya. Mereka juga berkata bahawa mereka akan memastikan Sung-kyu bakal bertemu semula bersama peminat sejurus selepas dia kembali sihat.

Tiba-tiba je kan… Semoga cepat sembuh Sung-kyu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...