Ikuti Kami:

Sung Hoon Sekali Lagi Jadi CEO, Episod Awal ‘Perfect Marriage Revenge’ Hanya Raih 1%

Sung Hoon Sekali Lagi Jadi CEO, Episod Awal ‘Perfect Marriage Revenge’ Hanya Raih 1%

Terkenal kerana imej ‘macho’, ramai yang tak sabar menanti drama lakonan terbaru Sung Hoon iaitu “Perfect Marriage Revenge”.

Ianya membawa kisah seorang wanita yang kembali ke masa lampau dan membalas dendam apabila mengetahui tentang kecurangan bakal suami dengan adik angkatnya.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, Han Yi-joo (Jung Yoo-min) yang menyangkakan hidupnya sempurna mula tak tentu arah apabila mengetahui mengenai kecurangan bakal suaminya yang menyimpan perasaan terhadap adiknya. Malah kerana tertekan dengan desakan keluarga angkat untuk menanggung jenayah mereka, wanita itu akhirnya meninggal dunia kerana kemalangan.

perfect marriage revenge

Walau bagaimanapun, dia kembali ke masa lampau dan mengubah nasibnya dan membalas dendam dengan bantuan seorang pewaris kaya iaitu Seo Do-guk (Sung Hoon) di mana dia merupakan lelaki disukai adiknya.

Untuk episod awal ini, “Perfect Marriage Revenge” hanya mampu meraih rating dalam lingkungan 1% iaitu 1.069% dan 1.856% sahaja. Dalam pada itu, ramai yang mempertikaikan pemilihan drama Sung Hoon yang asyik memilih watak sama sahaja sejak beberapa tahun ini.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...